Musim Haji

Sudah berlalunya Syawal. Kelmarin,penerbangan ke Baitullah bermula. Semoga Haji Mabrur dikecapi kalian. Hati teringin sangat terbang ke sana. Moga dipanjangkan umur tercapai hajat kami.

Musim haji telah tiba lagi, berjuta umat Islam kunjungi Makkah. Doakan bakal haji dan hajjah dipermudahkan segala urusan dan selamat menjalani ibadah dengan cemerlang di sana.

Salam 1 Zulkaedah.

Ampuni Kami Ya ALLAH!

Hari ini 29 Syawal. Esok hari akhir di bulan Syawal, ada lagi ‘open-house’ di merata-rata nampak gayanya.Moga-moga dengan berlangsungnya pelbagai sambutan rumah terbuka Aidilfitri, ia mendapat barakah daripada Allah SWT. Bukan apa, naik meremang bulu roma kita, bila dilihat ada makcik-makcik menari ‘cha-cha’ di majlis rumah terbuka raya ( seperti di tayangkan di kaca televisyen anda ).

Ampuni dosa-dosa kami Ya ALLAH!

Banyak kisah la kat Malaysia ni, dari Sejarah sampai subjek Agama, rakyat Malaysia boleh dapat info di media massa.

Harap-harap segala yang memeningkan rakyat dapat la disembuhkan segera.

PRU 13 dah nak mari ke 🙂

Salam Syawal 29.

 

 

 

 

Hidupkan Kehidupan

Alhamdulillah. Segala pujian bagi Allah pemilik sekelian alam. Syukur dapat hirup udara segar yang ‘free’ ini. Moga kita terus kekalkan kecemerlangan ramadhan lalu berterusan ke bulan-bulan seterusnya,

Jadikan kehidupan kita di dunia ini menjadi landasan kukuh untuk kita menuju negeri Akhirat.

Salam Syawal.

Maaf Zahir & Batin.